JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini saya dapat mencuri masa untuk update blog kesayangan ini sebelum meneruskan SDA yang lain. Pada hari Sabtu lepas, saya telah berkesempatan untuk menghadiri program di Ibu Pejabat Smart Naco. Seronok sekali dapat bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang terus komited seperti SPD Zul, SPD KAZ, SPD Che Din, PD Ashriee, PD Rashidi, PD Fauzan, Kak Mala, Jeeva dan ramai lagi. Seronok juga dapat melihat keletah anak gadis PD Fauzan, Farah yang begitu peramah dan menghiburkan. Setelah kami semua menjamu selera dengan hidangan nasi ayam (favourite food suami saya tu!
 
, suami memutuskan untuk ke Jusco bersama Faris sementara saya mengikuti program seterusnya.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur dapat hadir walaupun banyak juga rintangan yang melanda pada awalnya. Yalah, memandangkan saya tidak dapat menghadiri program yang diadakan di Kulim pada minggu lepas jadi saya berniat yang saya MESTI hadir untuk program kali ini. Sempat juga SPD Zul menerangkan perubahan kepada marketing plan secara terperinci. Thank you so much, Coach! Di program tersebut, kami telah mendapat pendedahan tentang IgG-Plus berwajah baru yang membawa konsep CTAS dan diperkaya dengan PLP (phospholipids). Kami juga turut didedahkan tentang perancangan-perancangan hebat lagi strategik yang bakal dilaksanakan oleh pihak Syarikat dalam masa terdekat. Memang hebat dan out of this world! Berbanyak syabas kepada Smart Naco dan tahniah kepada ahli-ahli SST yang terus komited yang tentunya akan mendapat banyak ganjaran dari 'durian runtuh' ini! Program kemudiannya diteruskan dengan sesi motivasi bersama Master Cheah tentang Impian Menjadi Kenyataan. Ya, hanya orang yang kurang waras sahaja tidak mahu impiannya menjadi kenyataan! Jadi apakah caranya untuk merealisasikan impian-impian yang ada? Hubungi saya untuk maklumat lanjut...
Pada hari Ahad tidak banyak aktiviti biz yang saya lakukan; saya lebih banyak bersantai dan berinteraksi dengan si kenit sementara suami saya melakukan aktiviti gardening. Hari ini, saya kembali menumpukan fokus kepada SDA seperti follow up dengan mereka yang berminat untuk menjadi Usahawan Sejati serta melakukan promosi di sebelah pagi. Pada sebelah petangnya pula, saya bertemu dengan seorang prospek di Taman Semarak dan Alhamdulillah, dapat close dengan 200PV. Itulah seronoknya buat MLM; rezeki datang tanpa disangka-sangka. Kadangkala prospek menghubungi kita tanpa kita mengetahui dari mana dia mendapat info tentang kita dan biz. Alhamdulillah, saya telah berjaya close beberapa orang untuk bulan Julai ini dan perlu FOKUS lebih lagi untuk menambah bilangan serta sama-sama membantu membina jatidiri usahawan bagi mereka yang telah menyertai rangkaian saya. InsyaAllah.
Nampaknya setakat ini dulu perkongsian saya hari ini. Kepada anda yang ada IMPIAN dan pada masa yang sama mempunyai pelbagai persoalan yang seolah-olah menarik anda mundur ke belakang, jangan TAKUT untuk mara ke hadapan. Remember, success is a journey and to start a journey, you HAVE TO start with the first step!
Jumpa lagi!
P/S: Tahniah kepada rakan-rakan niaga saya yang telah menghadiri program-program di KL dan Bdr Pusat Jengka, antaranya En. Azhar dan En. Hasyam. You are the best!