JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Apa khabar anda sekalian? Saya doakan moga anda semua sihat, ceria, tenang dan berbahagia di samping yang tersayang. Saya pula baru sahaja bangkit dari demam sejak 2-3 hari lepas. Alhamdulillah, hari ini saya berasa semakin sihat dan terus bersemangat untuk menyambung beberapa kerja biz yang tergendala.
Menyentuh tentang demam, demam Euro2008 juga kian memuncak. Haha, saya juga sebenarnya sejak zaman bujang lagi tidak terlepas mengikuti perkembangan arena bolasepak terutamanya kejohanan mega seperti Piala Dunia dan Piala UEFA. Cuma tentulah apabila sudah berkerjaya, berumahtangga dan mempunyai zuriat, masa dan tumpuan terhadap football semakin kurang; kalau ya pun, sempat mencuri masa untuk sneak peeks saja
Hati yang kecewa apabila Portugal tidak dapat mara ke separuh akhir sedikit terubat apabila Espanol dapat melayakkan diri. Apa pun, hampa juga kerana tidak dapat menonton Christiano Ronaldo beraksi lebih lama di padang kali ini 
Hehe, cukuplah dulu cerita tentang Euro2008. Memang begitulah adat permainan; ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang hari ini tidak semestinya terus menang esok dan lusa tanpa terus mengekalkan usaha yang konsisten, dan begitu juga sebaliknya; yang kalah hari ini masih ada ruang dan peluang untuk mencapai cita-cita dan impian hari esok.
Begitu juga keadaannya di dalam bisnes yang saya sedang dan akan terus saya usahakan bersama SST ini. Jatuh dan bangun dalam bisnes adalah perkara biasa, namun yang lebih penting, apakah tindakan kita seterusnya untuk memperbaiki situasi dan mengatasi kelemahan yang ada. Selain kaya dengan tindakan proaktif, perlu juga kaya semangat. Ya, kaya semangat ini adalah sangat penting kerana ia juga merupakan kualiti yang ada pada seseorang Usahawan Sejati. Kita tidak mengukur kekayaan semangat ketika semuanya berjalan dengan lancar dan kita sedang berada di puncak, sebaliknya ketika perjalanan dipenuhi onak duri dan di saat kita diuji dengan pelbagai kepayahan dan kesukaran.
Saya cukup berbangga dengan beberapa tokoh perniagaan tempatan dan antarabangsa yang kisah kejayaannya pernah saya baca sebelum ini. Kisah mereka benar-benar mencetus inspirasi. Kebanyakan kisah mereka mempunyai intipati yang sama - mereka berasal dari keluarga susah dan mereka memiliki cita-cita yang insan biasa gelarkan sebagai 'angan-angan Mat Jenin' manakala insan luar biasa gelarkan sebagai 'IMPIAN'. Mereka berusaha dengan sepenuh daya upaya dan kesungguhan dan mereka tahu kejayaan tidak akan datang sekelip mata, jadi mereka bersabar. Dan akhirnya mereka berjaya juga mencapai impian mereka berkat usaha, keyakinan dan kepercayaan yang mereka mampu melakukannya. InsyaAllah, saya sudah menetapkan target saya: Saya pasti berada di kalangan 5% insan-insan yang mengecapi kejayaan! Bagaimana pula dengan anda?
Don't forget, talk is cheap. Tindakan juga perlu seiring dengan apa yang dicitakan. Saya berdoa dan berazam untuk menjadi insan yang lebih kreatif dalam bertindak selepas ini. Moga Allah memperkenankan doa hambaNya ini. Amin.