Powered by Bravenet Bravenet Blog

journal photo

Subscribe to Journal

Tag Board

nas: ada sesiapa di sini seorang dermawan?hubungi saya di email najwan192k@gmail.com
nas: ada sesiapa di sini seorang dermawan?hubungi saya.
Rohana: Layari: www.2760.myniaga.net/
danial: ass'mualaikum,, peuhaba
saz: tahniah... teruskan perjuangan. wpun kita berlainan syarikat... tp nawaitu nya sama. Kebebasan Kewangan & Sihat utk semua
vemma: vemma 100% online
Pemerhati: Teruskan perjuangan Puan!
jon : selamat hari raya maaf zahir dan batin utk warga sn semua...
jon : aku dulu join sn bawah depa lepas depa ajak buat bukan2. jadi aku join jelah kalu tak hari2 call..... aku skrg tak ada geng nak teruskan sn....
jon: betoi , aku sokong RNS... mereka orang yg rugi dah kena set.... dan sn........ dulu boleh gak dapat 1,2ribu skrng abuk pun tarak....
Rakan Niaga SST: Yang dah cabut tu sebab mereka tiada ketahanan MINDA yg kukuh. Kalau kat SN pun mereka tak dpt nak bertahan, ingat MLM kat luar tu senang2 aje nak berjaya ke. LU FIKIRLAH SENDIRI BEB!!!
jon: wei!!!! orang sn dah cabut ke dcl kenapa? no.1 ,2 pun cabut......
Zalifa: Salam. Puan Sophia, Saya cuba meletakkan diri saya dalam situasi Puan Sophia - tabah dan bersemangat. InsyaAllah satu hari nanti kita akan bertemu.
yazs: tahniah..keep it up!
Fauzan: Tahniah!! Semangat Sophia terus membara, terima kasih juga kerana mengabadikan nama Farah dlm blog ini..Salam Sukses
Rakan Niaga SST: Hi Sedara, tak cukup ke kacau blog-blog Kak Mala. La ni nak ganggu kat sini pulak. Kat sini semua insan2 yg tetap setia pd SST & SN. Kalau nak jagi Jutwan, carilah prospek2 baru ... pergh!!!
RAKAN BIZ: HI SUME...LEPAK JAP KAT SINI...RAMAI GANG SMART NACO LEPAK KAT SINI
Fauzan: Tahniah! kpd Sophia kerana bersemangat waja dlm mengharungi perjalanan hidup dab bisnes, pedulikan org lain nak kata apa yg penting tetapkan matlamat..
hentam: eleh...OI KUAT HENTAM KO BERDOA BIAQ IKLHAS...NAK MENUNJUK PASAL APA YG KO 2 BERDOA..XIKLHAS NAMANYA 2..
Downline: Kepada Sdr HENTAM, ni dah melarat ke blog lain pulak, apa ke hei nya??? Kalau anda tahu prinsip MLM yg sebenar, anda akan jadi insan yg WARAS. MLM bukan bidang POLITIK yg banyak menjanjikan itu & ini kpd ahli2nya utk mengundi mereka. Beristighfarlah!
KUAT HENTAM: HENTAM , KALAU U DAH TAK SESUAI DENGAN SST TAK PERLU NAK HENTAM SST , CARI PELUANG LAIN , BUAT LA KAT TEMPAT LAIN SUNGGUH2 , DOAKAN KEJAYAAN MEREKA DI SST... MACAM SAYA DAH TINGGALKAN SST , TAPI TETAP DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA ... SAYA PUN BUAT BAGAI NAK RAK , TAPI MUNGKIN REZEKI TAK DER DI SST , SAYA DAPAT DITEMPAT LAIN , JADI JANGAN LA KACAU ORANG LAIN , NANTI ORANG LAIN KACAU HENTAM PLAK ...
HENTAM: MANA JANJI SST....BUAT BAGAI NAK RAK...HABUK PUN XDA....SPD LA.PD LA...ASYIK ORG 2 JE
Adsense Masyuk: Ni bukan mlm,pelaburan dan sbgnya
Adsense Masyuk: Anda penulis blog yang hebat..jgn sia-siakan bakat anda kerana anda boleh buat duit menggunakan blog....tahniah
Normala: Pembetulan: "USAHAWANITA" instead of 'Usahawita'
Normala: Tahniah Sophia. Pia dah banyak melangkah jauh & juga berubah dari segi sikap jika dibandingkan dgn Pia semasa bermula dulu. Akak hormati sikap Pia yg tak pernah putus asa, sentiasa 'cool' & tetap menghormati insan lain. Pia sungguh positif. Pia adalah Usahawita yg menjadi Idola kpd wanita2 yg lain. Keep It Up!!!
chedin: lakukan sesuatu mengikut falsafah mengair dan meresap .. jadilah kita seperti akar pokok membenam ketanah walaupun tidak dilihat orang tetapi peranannya cukup besar untuk sebatang pokok.... Ikhlaskan diri
USAHAWANINTERNET: Belajar Menjadi Usahawan Internet Menjana Pendapatan Hanya Dirumahhttp://www.TeknikJanaDuit.com
Team Jutawan: Tahniah atas kejayaan anda.
Pemerhati: Puan Sophia, anda sebenarnya bertuah memiliki segala-galanya termasuk suami, coach & upline hebat. Jarang2 sekali orang lain dpt spt apa yg Puan alami skrang ini. Jadi hargailah aset anda tersebut!
Normala: Tahniah!!! Kak Mala juga masih ingat bagaimana Sophia bermula dalam biz MLM Smart Naco ini dengan hebat di mana kita bersama-sama mengiklankan website Sophia utk pertama kalinya di Berita Harian Online. Dengan gabungan 3 aura yg istimewa (Sophia, Kak Mala SPD Zul), kita dapat lebih kurang 200 prospek ketika itu. Indahkan biz MLM ini!
Normala: Pia, Semoga cepat sembuh
i-charge: jemput lawat ke web kami..produk utk kereta kita plak..utk penjagaan dan penimatan..
Pemerhati: Jangan gunakan ruang iklan ini untuk iklan yang tak berfaedah. Kalau yang Best takpe
norzainariah: Assalamualaikum akak...Seronok baca akak nyer blog..Akak aina nak minta tunjuk ajar camne wat promosi kat internet...k...aina datang umah akak nanti akak ajar yer...hehehehe
PUTRA: TAK PERLU DEMO PRODUK...PASAL ORANG DAH TAU NAK GUNE
putra: Cara Mudah Dapat Wang Melalui Telefon Bimbit PELUANG Memiliki pendapatan yang sangat lumayan setiap hari, minggu dan bulan. TIDAK PERLU PANGKAT UNTUK DAPAT BONUS
Pemerhati: Maaf..jgn gunakan ruangan ini utk mengiklankan bisnes anda, sebaiknya anda sertai kami utk mempelajari cara yg lebih terhormat utk mendptkan prospek & membuat iklan secara profesional melalui internet..Hidup SST!!
Sophia: Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya. Saya doakan moga kita semua berjaya dalam apa yang kita sedang usahakan. Jika anda berminat untuk dapatkan keterangan lanjut tentang SN & SST, silalah layari laman web saya di http://alivingmydream.com/sophia/ Yes, SST IS THE BEST!
LAPORAN PERCUMA!!!: Formula & Teknik Menjana Pendapatan RM500 Sehari Hanya Dirumah
Pemerhati: Adakala kedudukan pangkat penting utk menghargai usaha ahli2. Tidak syak lagi SN mengambil langkah tepat. Dengan 3 kaki shj, ahli2 dah boleh mencapai bonus RM70,000. Tak payah nak pening2 kepala.
e-dagang: TIDAK PERLU PANGKAT DAPAT BONUS 5 ANGKA...
Pemerhati: Tahniah SST, kerana semakin ramai ahli & pesaing MLM yg cuba mendekati Kaedah yg anda telah guna pakai. Hidup SST ... YOU ARE THE BEST!!!
RAFA: SEMUA BERHAK UNTUK BERJAYA
Normala: Teruskan perjuangan mu wahai wanita gigih & hebat. Kejayaan milik anda!!!
Fauzan: Tahniah!! Perkongsian yg membina utk dibaca
Sophia: Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya ini. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Sukses buat kalian. Kepada SPD Che Din, terima kasih atas nasihat. InsyaAllah saya cuba praktikkan.
Che Din: MLM adalah bisnes yang mencabar dan real. Seperti bisnes lain kita tidak boleh duduk diam saja untuk mengembangkan rangkaian , kita perlu berani membuat sesuatu yang mencabar. Yang penting kita tau apa kita buat dan kita tahu apa pendirian kita. InsyaALLAH Pn Sophia akan berjaya jika Pn Sophia sanggup lakukan sesuatu yang lebih mencabar dan lebih berani.
norzainariah misman: Assalamualaikum Akak...Selamat Tahun Baru 2008 & 1429 H. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih positif dan lebih bail di tahun yang baru..Insyaallah berjumpa lagi di lain hari. Take Care...Thanks Alot Akak...
Zul Salleh: Selamat Tahun Baru 2008 & 1429 - kita bertemu di puncak kejayaan,Insha Allah.
GK: happy new year..care to exchange link?if so let me know so I can add your link to my blog

Please type in the four characters shown in the black box.

Friday, June 13th 2008

6:58 AM

AZAM: Sudahkah Jadi Kenyataan?

  • Mood: Muhasabah Diri
  • Health: Alhamdulillah

(Koleksi Anis    Oleh: Zakaria Sungib)

Tahun baru sering dijadikan pembuka tirai lembaran baru dalam kehidupan. Pencapaian hidup yang lebih baik, maju dan bermakna diimpikan mewarnai hari-hari mendatang. Langkah ke arah itu selalunya dimulakan dengan membuat azam baru. 

Dr. Mariani Md Noor, pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universti Malaya, berkata azam perlu disertai niat (nawaitu) dan melaksanakan perkara yang betul. “Azam perlu kuat dan kukuh. Kalau dikritik perlu diterima...,” katanya. 

Menurutnya, keazaman untuk mencapai sesuatu berkait dengan motivasi dalaman atau faktor kerohanian. “Motivasi dalaman adalah kepercayaan atau pegangan hidup.” Motivasi dalaman juga termasuk minat dan rasa sayang di dalam hati yang bukan disebabkan perkara luaran. Misalnya bukan disebabkan kebendaan atau persekitaran. “Faktor kerohanian turut diambil kira dalam menentukan tingkat keazaman individu.

Ciri-ciri rohani yang perlu ada termasuklah iman yang teguh,” tambah beliau. Oleh itu, katanya, pemupukan motivasi dalaman sedari awal adalah penting dan ia berbalik kepada didikan keluarga. “Inilah peranan yang wajib dimainkan oleh orang dewasa – pandu arah anak-anak.” Katanya, keberkesanan motivasi dalaman amat bergantung kepada dorongan dan pengiktirafan keluarga. Dari situ timbul keseronokan di hati mereka dan rasa selesa untuk memulakan azam. Di samping dalam bentuk pujian dan kata-kata semangat, cabaran-cabaran dari orang terdekat juga mampu memberi motivasi apabila ia cuba disahut.

Dorongan dari keluarga terdekat dan masyarakat adalah lambang pengiktirafan dari sudut psikologi. “Manusia akan rasa lebih seronok dan secara tidak langsung akan timbul semangat baru untuk berjaya,” ujarnya.  Secara timbal balik, motivasi luaran ini boleh menghidupkan motivasi dalaman yang semakin berkurangan atau tidak ada langsung.

Dengan kata lain, motivasi luaran menyemai motivasi dalaman, membentuk azam yang sebenar. Tetapi, tambahnya, motivasi luaran yang berlebihan boleh juga mengurangkan motivasi dalaman. Misalnya, ganjaran wang boleh mengurangkan motivasi dalaman.  “Sebaik-baiknya biarlah berpada-pada. Tanamkan disiplin dan sikap positif dalam motivasi dalaman berbanding motivasi luaran,” kata Dr. Mariani.  

Beliau berkata, azam boleh bertindak sebagai penentu darjah kesungguhan seseorang dalam mencapai matlamat. Ia juga menjadi pemangkin keberanian seseorang untuk melakukan sesuatu.  Katanya, jika seseorang itu berazam untuk membeli rumah misalnya, maka azam dan perlaksanaan untuk mendapatkan rumah itu adalah azam kecil. Ia perlu disusuli dengan satu perancangan dan tindakan untuk matlamat jangka panjang iaitu untuk keselesaan hidup diri dan keluarga.  

“Azam tidak wujud pada awal tahun sahaja. Setiap hari perlu ada azam. Laksanakan tugas mengikut keperluan.” Katanya azam awal tahun merangkumi semua sebagai pencetus semangat dan perlu diperbaharui setiap tahun.  “Capai azam kecil terlebih dahulu sebelum azam besar atau azam jangka panjang,” jelasnya. “Azam itu berfungsi sebagai pemangkin yang kekal sampai bila-bila.”

Tambahnya, “Kerangka masa (time frame) perlu ada dalam membina azam dan memang sesuai untuk jangka panjang yakni pada awal tahun... Azam di awal tahun adalah azam baru walaupun ia masih sama.” Menurutnya, azam itu menjadi inspirasi yang boleh membawa diri ke tahap yang lebih baik dan berkesan daripada sebelumnya. “Azam yang telah dibuat harus sama dari awal hingga akhir. Jika tidak, itu yang jadi azam tinggal azam. Perlu ada dorongan luar walaupun azam itu ada dalam diri.” 

Kenapa Azam Tinggal Azam?

 “Banyak faktor yang mendorong kepada kegagalan dalam pencapaian azam individu. Antaranya adalah tiadanya sokongan dari persekitaran individu itu sendiri, seperti dari orang terdekat atau ahli keluarga dan masyarakat sekeliling,” ujar Dr. Mariani Md Noor. 

Orang-orang di luar lingkungan keluarga seperti guru, rakan sebaya, teman rapat atau teman istimewa juga menyumbang kepada dorongan yang kuat untuk mencapai azam.  “Faktor emosi, moral, sosial, persekitaran dan masyarakat sekeliling mempengaruhi kekuatan azam seseorang. Kita hidup dalam komuniti masyarakat, kita berada di tengah-tengah, jadi keazaman kita dipengaruhi oleh individu terdekat.

Di luar lapisan, banyak nilai yang negatif. Itu yang menjadikan azam tinggal azam,” jelasnya. Beliau memberi contoh masyarakat khunsa, mereka perlu digandingkan bersama masyarakat normal yang lain dan tidak dibiarkan mengharungi hidup keseorangan atau disisihkan.

Beliau berkata, sekiranya individu itu tidak mendapat sokongan daripada sesiapa untuk melaksanakan azamnya, dia sendiri perlu tanam minat dalam diri dan berusaha melaksanakannya sebagai satu motivasi luaran. Antaranya, melalui pembacaan sebagai pencetus semangat dan pemangkin keberanian. 

Selain itu, tambahnya, azam juga akan hanya tinggal azam jika individu itu tidak kenal ciri fizikal dan rohani dirinya sama ada mampu bertahan atau tidak dengan azamnya.  Bagi kanak-kanak misalnya, mereka akan membuat azam yang tidak berpijak di bumi nyata. Misalnya, berazam untuk membeli kereta.  “Secara logiknya, azam itu mustahil untuk dicapai bagi kanak-kanak. Oleh itu ia bukan azam kerana masih belum berpijak di bumi nyata.

Secara fitrahnya banyak halangan sebelum dapat membelinya. Tetapi jika azamnya adalah memperolehi keputusan nombor satu pada setiap penggal, itu adalah azam yang nyata.” Oleh itu, bantuan ibu bapa amat penting dengan cara tanamkan sikap percaya, yakin diri dan tidak ragu-ragu. “Adakala ibu bapa latih sikap ragu-ragu dalam diri anak-anak. Perlu ada alasan logik bagi setiap perlakuan mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang amalkan sikap terlalu melindungi (over protective).” 

Katanya, seorang remaja pula mungkin berazam untuk berkahwin dan mempunyai anak-anak. Azam seperti ini boleh diterima bagi seorang di tahap umur remaja, namun memerlukan pandangan dari orang lain dengan alasan yang realistik sebelum dilaksanakan. Azam itu boleh ditangguh dengan alasan yang kukuh, seperti perlu habiskan pelajaran terlebih dahulu. “Golongan dewasa lebih realistik dalam merancang sesuatu,” katanya, sambil menambah bahawa ciri-ciri fizikal orang dewasa terbahagi kepada tiga peringkat.

Tahap pertama adalah awal dewasa iaitu peralihan remaja ke alam dewasa.

Tahap kedua, pertengahan dewasa di mana kerjaya masih menjadi taruhan dan agenda utama. Di tahap ini, seseorang umumnya masih mempunyai banyak masa untuk diri sendiri dan orang lain.

Tahap terakhir adalah lewat dewasa ketika individu yang sudah tua mengalami krisis sama ada berpuas hati dalam kehidupannya atau tidak puas hati. Rasa seronok atau putus asa dalam hidup.  

Menurutnya, perlakuan semasa muda terbawa-bawa hingga ke lewat dewasa dan mempengaruhi azam yang dibuat. Waktu ini seseorang memerlukan kesepaduan azam yang positif dan tidak boleh berputus asa.  Cara mencapai azam yang lebih efisyen mungkin agak berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Katanya, apa yang pasti, untuk berjaya perlu menempuh banyak halangan dan memantapkan diri dari segi fizikal, keperibadian, kerohanian dan agama. “Selagi azam itu wujud untuk diri sendiri dan dapat memberi kebaikan kepada orang lain, teruskan. Ingatlah pada satu perkara – orang lain akan buat kebaikan pada kita selagi kita berbuat baik dengan insan lain,” jelas Dr. Mariani.  

Di samping niat, cita-cita dan kekuatan jiwa serta konsisten dalam usaha, kita memerlukan hidayah dan taufik dari Allah untuk menjadikan azam satu kenyataan. Hidayah adalah petunjuk dari Allah untuk membolehkan kita mencapai satu-satu azam dan lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Malah azam untuk berbuat baik itu pun satu bentuk hidayah juga.

 Saya teringat pengalaman seorang kawan. Kawan ini bukan datang dari keluarga yang terdidik dengan didikan agama yang kuat, jadi dia tidak ambil kisah soal solat dan tuntutan syariat yang lain. Tetapi satu ketika, dia dan isterinya tergerak hati untuk solat. Lalu kedua-duanya menanam azam untuk sama-sama mendirikan solat lima waktu.  

Masa berlalu hari demi hari dan tahun demi tahun, tetapi pasangan suami isteri ini masih belum mampu melaksanakan azam mereka. Ada saja halangan dan hambatan. Walaupun kemahuan sudah ada, tapi diri belum mampu. Mereka sudah mendapat hidayah atau petunjuk awal dari Allah kerana sudah digerakkan hati untuk menunaikan perintah solat. Namun, belum lagi mendapat tambahan hidayah dan taufik (pertolongan) dari-Nya untuk melaksanakan keinginan itu. Azam tinggal azam.  Tetapi Allah maha penyayang dan belas kasihan. Allah tidak biarkan dan lupakan hamba-Nya yang telah berniat dan menanam cita-cita untuk tunduk sujud kepada-Nya.

Akhirnya dalam usia 30-an, setelah meninggalkan azam yang ditanam itu dalam kalendar lapuk tahun demi tahun, kawan saya ini mendapat hidayah dan taufik dari Allah untuk melaksanakan azam itu.  Sejak itu dia mendapat kekuatan untuk istiqamah solat lima waktu sehari semalam di samping solat-solat sunat. Malah cara hidup pun mula berubah, dari cara hidup sebelumnya yang tidak ambil kisah hukum-hukum Allah, kepada cara hidup baru yang berlandaskan hukum-hukum-Nya. Begitulah kalau sudah mendapat hidayah dan kekuatan dari Allah.  

Saya juga teringat pengalaman seorang kawan yang berazam untuk fasih membaca al-Quran. Kawan ini semasa kecilnya tidak sempat khatam al-Quran selepas guru mengajinya meninggal dunia. Bukan saja tidak khatam, malah sudah tinggalkan amalan membaca Quran sampailah dia berumah tangga.

Bila sudah beristeri, begitu terasa kekurangan diri apabila melihat isterinya mengaji al-Quran dengan begitu fasih dan khusyuk. Sedangkan dia yang sepatutnya memimpin si isteri, terpaksa merangkak-rangkak membaca Quran. Walaupun sudah tahu dan sedar kekurangan diri, tapi dia belum mendapat kekuatan untuk mengatasinya. Hinggalah satu ketika sewaktu mengikuti satu kursus ibadah, dia dan ahli-ahli kumpulannya diminta menghabiskan bacaan satu juzuk al-Quran dalam program selepas Isyak.

Ketika ramai ahli kumpulannya sudah tamat membaca dan bersedia untuk tidur, dia masih merangkak-rangkak untuk menghabiskan bacaan satu juzuk itu.  Namun, satu azam yang kuat menyelinap di sanubarinya. Dia mahu habiskan bacaan satu juzuk malam itu juga walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Kalau dia hendak berpura-pura sudah habis baca pun boleh kerana fasilitator tidak akan tahu. Tapi dia hendak berlaku jujur terhadap dirinya sendiri. Akhirnya, selepas kira-kira tiga jam, dia berjaya menghabiskan bacaan satu juzuk – satu pengalaman baru setelah melewati usia 30-an.  

Mulai detik itu dia berazam untuk menyungguhkan belajar mengaji dengan matlamat untuk menjadi seorang yang fasih membaca dan mesra dengan Quran. Tetapi untuk belajar dengan orang lain, dia rasa malu, di samping kurang ada kesempatan. Jadi guru paling dekat yang dia nampak adalah isterinya sendiri. Isterinya anak guru mengaji di kampung. Memang tercabar ego apabila duduk belajar mengaji dengan isteri sendiri. Terutama bila isteri menegur dan membetulkan kesalahan bacaan. Tetapi kerana niat dan tekad sudah bulat, dia berjaya melawan dan menekan egonya.  

Hari ini kawan saya itu sudah fasih membaca al-Quran dan bila ada kesempatan, dia akan duduk menghadap seorang ustaz untuk meminta ditashihkan (diperakukan) bacaannya. Sekarang dia sudah boleh khatam al-Quran setiap Ramadan, malah pernah khatam dua kali dalam satu Ramadan.

Saya rasa dua contoh ini sudah memadai untuk menggambarkan pentingnya peranan hidayah dan taufik dari Allah untuk membolehkan kita mencapai azam yang baik-baik. Yakni azam untuk membuat pencapaian yang lebih baik di sisi Allah atau azam melakukan perkara yang diredhai Allah. Begitu juga azam untuk meninggalkan tabiat atau amalan yang Allah benci, lebih-lebih lagi yang Allah murkai. Malah tergeraknya hati untuk menyimpan azam yang baik itu pun sebahagian dari hidayah. Hakikatnya, Allah yang gerakkan hati kita untuk membuat azam.  

Dalam soal ini, niat yang suci dan ikhlas amat besar peranannya untuk mendapatkan hidayah dan taufik yang terus-menerus dari Allah. Tanpa niat yang tulus, hidayah dan taufik dari Allah mungkin tidak sampai ke hujung. Bila ada sedikit halangan atau Allah datangkan ujian, hati kita mungkin berputar dan tidak lagi memfokus pada azam yang diniatkan sedari awal. Sebab itu, di samping berdoa memohon hidayah dan taufik dari Allah, niat yang baik harus dipelihara. Niat ini juga perlu disemak dan diperbaharui.  

Seorang ulama berpesan kepada Sayidina Umar Ibnu Aziz: “Pertolongan Allah kepada seorang hamba mengikut kadar niatnya. Siapa yang suci niatnya akan sempurnalah pertolongan Allah kepadanya.” 

Resipi Tercapainya Azam

Rezeki tidak datang bergolek. Apa juga azam yang dibuat menagih komitmen untuk membuat perubahan.

Allah SWT telah berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib dan keadaan sesuatu kaum selagi dan selama mana kaum itu tidak terlebih dahulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” (Ar-Ra’du: 11) Ayat ini menegaskan perlunya diambil tindakan yang proaktif. Perubahan juga harus bermula daripada perubahan unsur dalaman. Dari sana perubahan luaran akan menyusul. Ini bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Namun semuanya akan jadi mudah apabila Allah permudahkan. Sering terjadi azam tinggal azam, tidak menjadi kenyataan.

Untuk mengelak keadaan ini daripada berlaku maka azam perlu disertakan dengan perkara-perkara berikut: 

1. Tinggi hemah dan cita-cita

Azam yang baik perlukan ‘sebab’ untuk membuat perubahan. Tanpa ‘sebab’ yang kukuh untuk berubah maka seseorang itu tidak terpanggil untuk mengubah nasib dan keadaannya. ‘Sebab’ untuk membuat perubahan ini lahir daripada ilmu dan kesedaran tentang apa yang lebih baik dan utama perlu dicapai atau dimiliki agar hidup lebih bermakna. Hal ini ada kaitan dengan tinggi rendahnya hemah dan cita-cita seseorang. Orang yang rendah hemahnya akan kaya dengan sikap “tidak apa”. Orang yang tiada cita-cita pula maka tidak ada apa-apa perjuangan dalam hidupnya. Hidupnya menjadi terumbang-ambing kerana tiada ketetapan hala tuju dan target yang jelas hendak dicapai. Matlamat yang ingin dicapai akan menjadi jelas daripada hemah dan cita-cita ini.  

2.  Niat, ikrar dan janji

Azam adalah kerja pengukuhan di dalam hati, bukan lisan. Oleh itu ia ada kaitan dengan niat. Niat adalah penting kerana ia menyatakan dengan jelas hala tuju atau arah tindakan yang bakal diambil. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Niat boleh diperteguhkan lagi dengan membuat ikrar dan janji dengan diri sendiri. 

3.  Teguh pendirian

Selanjutnya orang yang berazam perlu yakin diri dan teguh pendirian. Jangan ada was-was akan kemampuan diri untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Yakin boleh. Pendirian boleh diteguhkan dengan berbaik sangka dengan Allah. Allah SWT telah berfirman dalam satu hadis Qudsi: “Aku menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku.” Sangka baiklah bahawa Allah akan memberikan kejayaan. Jika kita bersangka buruk akan digagalkan, maka dikhuatiri Allah datangkan kegagalan itu. Selepas sangka baik dengan Allah SWT, azam perlu dilapik dengan tawakal yakni berserah kepada Allah. Jangan bergantung harap kepada selain Allah, termasuk pada usaha ikhtiar yang kita lakukan. 

4.  Kuat kemahuan

Setelah keputusan dan perjanjian dengan diri dibuat, seseorang perlu nekad dan tekad. Supaya dengan itu tidak ada rasa putus asa dari rahmat Allah. Hati perlu dipupuk agar seimbang rasa takut (khauf) dan rasa harap (raja’) terhadap rahmat Allah. Agar dengan itu lahir dorongan kemahuan yang kuat dalam hati untuk berusaha ikhtiar. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

5.  Sabar dan tabah

Kesabaran dan ketabahan hati amat diperlukan ketika mengambil tindakan membuat perubahan. Meninggalkan tabiat dan kebiasaan yang buruk misalnya, bukan suatu yang mudah. Hati perlu sabar dan tabah menanggung kesusahan dan kepayahan. Begitu juga ketika melatih diri bermujahadah agar tetap berterusan (istiqamah) dalam ketaatan dan kebaikan. Kesulitan juga dialami untuk menutup pintu-pintu godaan dan rangsangan ke arah kejahatan. Pelbagai bentuk cubaan, rintangan dan halangan yang akan datang mengganggu. Namun ‘Alah bisa tegal biasa’. 

6.  Bertindak membuat perubahan

Azam yang dikukuhkan dengan tinggi hemah dan cita, kuat kemahuan, teguh pendirian dan kesabaran tidak akan membuahkan hasil jika tindakan tidak dilakukan. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah dengan memperbaharui taubat dan penyesalan, meninggalkan sikap dan perbuatan yang ingin dikikis. Adakala seseorang yang berazam membuat perubahan diri dan kehidupan harus melakukan ‘hijrah’. Contohnya berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja. Ini kerana adalah lebih mudah untuk membuat perubahan di tempat dan suasana yang baru. Kadang kala seseorang itu perlu mengasingkan dirinya daripada pergaulan (uzlah) untuk membina penghidupan baru.  

7.  Sokongan dan bantuan

Satu lagi faktor menjayakan sesuatu azam ialah mendapat bantuan dan sokongan terutamanya daripada Allah (hidayah dan taufik). Begitu juga dengan didikan dan bimbingan guru dan pendidik. Pengaruh kawan, pasangan hidup dan pergaulan juga memberi saham kepada jaya gagalnya suatu azam itu. Demikian juga pengaruh suasana dan persekitaran. Di samping berusaha ikhtiar perlu juga dilapik dengan doa dan mengetuk pintu-pintu berkat. Maksudnya, melakukan amalan yang boleh mendatangkan keberkatan dengan diniatkan agar Allah permudahkan usaha untuk membuat perubahan. Misalnya memasang niat demikian sambil memberi sedekah. 

Kesemua hal ini harus dilakukan serentak dan sepadu sifatnya. Oleh itu disarankan agar berterusan mendalami ilmu, mencari pimpinan dan bimbingan serta memilih rakan pergaulan. Inilah antara kunci kejayaan membaiki diri dan mengubah sikap.

 

0 Komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see