JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Ya ampun, lama betul saya tidak berpeluang untuk update blog kesayangan saya ini dan Alhamdulillah, kesempatan yang datang hari ini cepat-cepat saya rebut! Just to share, saya kini berada di Alor Star dan inilah juga kiranya kali pertama saya menjejakkan kaki ke Negeri Jelapang Padi ini. Sejak beberapa hari lepas kebanyakan masa saya dihabiskan dalam kereta saja, bermula dengan ke rumah Mama di TTDI pada hari Jumaat, bertolak ke rumah nenek di Kuala Kangsar pada hari Ahad dan kemudiannya ke Alor Star pula semalam. Best betul perjalanan ke sini; hamparan padi menghijau boleh dilihat di mana-mana! Sejuk mata memandang. Maaf jika bunyinya seperti Jakun pula
tetapi mungkin anda lebih memahami sekiranya anda mengenali saya dan tahu yang saya memang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Metropolitan Kay El.
Saya ke Alor Star untuk menemani suami yang perlu menyelia pelajar-pelajar USIM yang menjalani practical training di sini. Dan memang begitulah yang saya selalu lakukan setiap kali suami ke mana-mana; selagi boleh suami saya lebih suka saya dan Faris menemani beliau sekerap mungkin. Alhamdulillah, yang agak mustahil dilakukan oleh isteri bekerja yang lain mampu saya lakukan setelah memilih untuk bekerja dari rumah.
Menyentuh tentang bekerja dari rumah, Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana Smart Success Team telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk terus membina kerjaya impian hanya dari rumah. Mungkin kebanyakan dari anda sudah maklum yang sebelum ini saya pernah bertugas di pejabat. Mungkin anda juga seperti saya; mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menumpukan perhatian dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada keluarga tercinta. Mungkin anda juga akan bersetuju dengan statistik yang menyatakan kebanyakan ibu yang pernah bekerja akan berasa sedikit canggung atau isolated apabila berhenti kerja dan tiba-tiba fokus diberi keseluruhannya kepada anak-anak dan keluarga sahaja, tanpa memberi ruang kepada pembangunan diri sendiri. Itulah sebabnya saya amat bersyukur kerana di SST tersedia landasan bagi saya untuk meningkatkan self-development. Saya cukup bahagia kerana selain dapat mengurus keluarga dan membelai anak dengan tangan sendiri, saya dapat melakukan something for myself, for my personal growth! Sememangnya sejak meninggalkan kampus UKM dahulu, saya sudah berikrar bahawa saya akan melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri dan insan-insan tersayang, malah jika diberi peluang saya ingin berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. Alhamdulillah, doa saya termakbul setelah bertemu dengan SST di mana saya dapati penglibatan dengan Team yang hebat ini bukanlah terhad kepada perkara-perkara yang superficial sahaja; in fact, it goes much, much deeper. Di sini saya dapat mengenal potensi diri, memantapkan diri dengan begitu banyak ilmu dan membina identiti saya sebagai seorang usahawan, sedangkan sebelum ini saya tidak pernah terlibat langsung dalam dunia business. Di SST juga saya berpeluang mempelajari teknik dan strategi untuk menduplikasi dan berkongsi ilmu dengan insan-insan lain pula. Begitulah saya berpeluang untuk menyumbang terhadap kejayaan dan kebahagiaan ummah, walaupun hakikatnya saya hanya berada di rumah.
Bagi anda yang ada matlamat dalam hidup dan bersemangat waja untuk menjayakan matlamat anda, welcome to my Team. Buat rakan-rakan niaga saya yang terus dan terus melakukan dengan konsisten dan gigih, sekalung tahniah buat anda semua. JUST DO IT AND LET'S DO IT TOGETHER. Mari kita sama-sama buktikan yang kita adalah Usahawan Sejati - yang tidak mudah ditundukkan oleh sedikit halangan dan secebis kepayahan.
OK, time for lunch!