JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Apa khabar anda sekalian? Diharapkan moga terus sihat, ceria dan tenang dalam menjalankan tugas-tugas kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Ketika ini jam menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Suasana di luar cukup menyamankan dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, ditemani bunyi cengkerik dan katak berselang-seli. Alhamdulillah, syukur di atas ketenangan ini...
The few who do are the envy of the many who only watch --- Jim Rohn
Mmm, saya sangat bersetuju dengan kata-kata Sifu Jim Rohn di atas. Bagi anda yang sudah menjadi ahli SN dan SST, adakah anda seorang Doer atau seorang Watcher? Dan bagi anda yang masih belum bersama-sama Smart Team ini, sampai bila anda ingin bergelar sekadar seorang Watcher? Sama-samalah kita muhasabah di manakah kedudukan kita pada ketika ini. Yang paling penting, saya akan PASTIKAN saya terus menjadi seorang DOER dalam biz yang amat saya cintai ini. InsyaAllah bulan Jun dan seterusnya akan saya saratkan dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pengukuhan perniagaan saya ini sehingga berkembang menjadi sebuah empayar. Ya, itulah misi dan visi saya; semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan terus memberikan saya kekuatan. Amin.
Minggu lepas saya, Cik Abang dan Faris menjamu selera di restoran milik seorang sahabat suami. Mmm, kagum juga dengan sahabat ini yang bertungkus-lumus mengendalikan beberapa buah restoran di samping mempunyai full-time job di pejabat. Kami suka juga makan di sini kerana masakannya sedap, authentic Pattani style! Tetapi malam itu selera kami agak terkencat kerana masakannya tidak sesedap biasa. Hairan juga dan bila ditanya, rupa-rupanya Chef balik kampung - itulah sebabnya menu berubah rasa. Terdetik di hati saya, "Susah juga buka restoran ni. Bila Chef tak ada, semuanya jadi kelam-kabut." Moral of the story: Apa jua misi murni yang ingin kita jayakan dalam hidup ini tentunya tidak akan sunyi dari didatangi cabaran atau dugaan. Bukan terhad kepada membuka restoran atau menjayakan biz MLM; skopnya jauh lebih luas. Apa pun, saya berpendapat misi yang begitu banyak dugaan dan kepayahan adalah melalui saat-saat kehamilan dan melahirkan. Namun jarang sekali saya dengar wanita yang telah melaluinya sekali serik untuk melaluinya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya
:::Kita semua telah dijadikan dengan penuh KEHEBATAN & KEKUATAN, jadi tentunya sayang seribu kali sayang jika kita sendiri yang menidakkan atau mempersia-siakan kehebatan dan kekuatan yang ada pada diri:::
Ya, hari-hari semakin pantas berlalu. Usia saya kian menginjak (tahun depan dah masuk angka 3) dan tentunya masa di dunia yang fana ini menjadi semakin singkat dengan pertambahan usia. Setiap hari saya bertanya kepada diri - 'Apakah yang telah saya lakukan hari ini demi kejayaan di masa depan, khususnya menuju Negeri Abadi?' Bila dijadikan amalan, ianya memberikan saya a fresh jumpstart dan membakar semangat, kerana saya sedar saya tidak punyai banyak waktu untuk bertangguh-tangguh lagi...
I am a Doer and I will keep on doin'!
Jika anda sebelum ini seorang Watcher, tukar status anda kepada Doer sekarang juga! Klik di sini.