JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Apa khabar anda semua? Diharapkan anda berada di dalam keadaan LUAR BIASA sihat, tenang dan ceria di samping insan-insan tersayang.
Alhamdulillah, berbanyak syukur dirafa'kan kerana Smart Success Team terus mara dan semakin inovatif dengan pelbagai program yang membina semangat dan
iaitu KEKAyaan dan keSIHatan. PD Ashriee, emcee hebat yang didatangkan khas dari Pulau Mutiara telah memulakan program dengan pengecasan aura positif dan diikuti dengan pembentangan apa itu dikatakan I-Usahawan 553 oleh SPD Che Din di mana pembentangan beliau - seperti biasa - luar biasa HEBAT. Turut membangkitkan semangat para hadirin merupakan perkongsian SPD Mazlan, seorang SPD yang berasal dari keluarga miskin, hanya memiliki sijil SRP, pernah menjadi tukang tebar roti canai namun kini mempunyai biz yang ampuh dan berpendapatan 5 angka bersama-sama Smart Naco. Luar biasa hebat, kan? Bila mengenangkan semula kisah beliau, meremang bulu roma saya. Bukan kerana takut, tetapi penuh kagum dan rasa TERCABAR dalam diri semakin menebal. Ya, biz bersama Smart Naco dan SST telah membawa saya ke satu dunia yang saya tidak kenali sebelum ini. Dunia ini dipenuhi dengan insan-insan yang begitu cekal, tabah dan bijak menggunakan KEKAYAAN HAKIKI yang ada pada diri mereka untuk mengaut lebih banyak kekayaan. Ya, saya amat bersyukur kerana banyak yang telah saya pelajari dengan berkecimpung dalam biz ini. Dan saya juga amat yakin target saya bagi 2008 akan tercapai tak lama lagi berkat usaha, keyakinan, kesabaran dan doa yang tidak putus-putus. InsyaAllah.
Masih terngiang-ngiang kata-kata SPD Mazlan tempoh hari ::: Jika kita merupakan suami, fikir-fikirkanlah harapan isteri supaya kita dapat memberikan kebahagiaan hidup kepadanya. Dan jika kita isteri, takkanlah kita hanya ingin melihat suami kita bekerja siang malam pagi petang demi membahagiakan kita (inilah intipatinya) ::: Ya, inilah satu antara banyak WHY FACTORS yang membuatkan saya terus melakukan biz ini dengan bersungguh-sungguh walau apa jua rintangan yang mendatang. Dan untuk menjawab anda yang sering bertanyakan saya bagaimana untuk stay motivated, itulah salah satu jawapannya - anda perlu mempunyai WHY FACTORS yang kuat.
Pada hari tersebut, saya juga telah bertemu dengan beberapa prospek yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan Pakej Usahawan. Berbanyak tahniah saya ucapkan kerana kalian berani menyahut cabaran untuk bergelar Usahawan Sejati.
Terima kasih juga kepada PD Roshidi yang sudi berkongsi ilmu tentang kaedah mempromosikan produk terbaru, terlaris, terhebat iaitu Bio-Young Plus. Last but not least, syabas buat rakan-rakan niaga saya Aina dan En. Azhar yang telah hadir - YOU ARE THE BEST!
OK, sudah sampai masanya untuk memasak pula! Hingga kita bersua di posting yang lain
P/S: Terima kasih suami tersayang kerana telah menghadiahkan buku 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia'. Itulah impian saya; menjadi wanita PALING KAYA dari pelbagai aspek dan PALING BAHAGIA duniawi dan ukhrawi. Amin Ya Rabb