JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Sekali lagi kita bertemu di dunia blogging. Ribuan maaf kepada pengunjung setia kerana sudah agak lama saya tidak update blog kesayangan ini. Minggu lepas saya lebih banyak memberi tumpuan kepada kerja-kerja prospecting dan sponsoring. Ya, aktiviti sponsoring merupakan lifeline bagi sesiapa sahaja yang bergiat dalam MLM.
Minggu lepas merupakan minggu yang cukup mencabar buat diri saya. Apa cabarannya biarlah menjadi rahsia saya sendiri. Ya, seperti yang saya selalu coretkan di sini, selagi kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, kita semua tidak akan terlepas dari dugaan dan cabaran. Tidak kira tinggi rendah, tua muda, kaya miskin, semuanya ada 'bahagian' dugaan yang perlu ditempuhi. Dalam menempuhi cabaran, kita perlulah tenang, sabar dan redha. Jika kita tidak bijak menguasai situasi, tentulah cabaran itu yang akan menguasai diri kita. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya berada di kalangan yang menyedari hakikat ini dan saya mendoakan moga Allah akan sentiasa memberikan kekuatan dan mengurniakan hidayahNya kepada saya. InsyaAllah, dugaan-dugaan inilah yang akan mematangkan dan membuatkan saya lebih bersedia menongkah arus kehidupan.
Pada hari Khamis lepas, aunty tersayang bernama Noor Paridah telah pergi buat selama-lamanya setelah menderitai barah payudara yang kemudiannya merebak ke tulang selama beberapa tahun. Namun saya amat mengagumi semangat beliau sewaktu berhadapan dengan ujian yang amat berat itu. Beliau banyak bersabar, terus memberi fokus kepada tanggungjawabnya terhadap keluarga dan kerjaya serta mengambil setiap peluang untuk membuat persediaan menuju alam yang abadi. Wan Alang, you will be greatly missed indeed. Saya doakan moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.
Itulah juga sebabnya kita sentiasa disarankan mengingati mati; kerana ianya memang dapat menimbulkan keinsafan yang amat mendalam. Tambahan lagi di ketika ini di mana dunia sudah kian menampakkan akan sampai ke penghujungnya. Ya, bagaimana pula dengan diri kita...sudahkah kita melakukan yang terbaik sebagai khalifah di muka bumi ini? Tanggungjawab semakin banyak dan masa makin tersisa. Amat meruntun jiwa raga apabila saya mengenangkan persoalan ini.Tetapi setakat berfikir tidak cukup; TINDAKAN mesti diambil! Saya berikrar untuk menjalankan amanah sebagai Muslimah, isteri, anak dan ibu dengan TERRRRBAIKKKK...Saya juga akan terus menjalankan biz saya dengan penuh iltizam, dedikasi dan kesungguhan kerana inilah sumbangan saya dalam menjayakan jihad ekonomi demi pemantapan ummah. Ya, inilah ikrar dan janji saya; moga kehidupan saya yang singkat di alam fana ini tidak terbazir ke jalan yang sia-sia. Amin Ya Rabb.
OK, cukuplah dahulu sampai di sini. Hari ini saya akan fokus kepada satu kaedah promosi yang belum pernah dicuba. Bagi anda yang inginkan KEKAYAAN yang penuh keberkatan, jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Program I-Usahawan 553.
Don't forget, time waits for no man...