Powered by Bravenet Bravenet Blog

journal photo

Subscribe to Journal

Tag Board

nas: ada sesiapa di sini seorang dermawan?hubungi saya di email najwan192k@gmail.com
nas: ada sesiapa di sini seorang dermawan?hubungi saya.
Rohana: Layari: www.2760.myniaga.net/
danial: ass'mualaikum,, peuhaba
saz: tahniah... teruskan perjuangan. wpun kita berlainan syarikat... tp nawaitu nya sama. Kebebasan Kewangan & Sihat utk semua
vemma: vemma 100% online
Pemerhati: Teruskan perjuangan Puan!
jon : selamat hari raya maaf zahir dan batin utk warga sn semua...
jon : aku dulu join sn bawah depa lepas depa ajak buat bukan2. jadi aku join jelah kalu tak hari2 call..... aku skrg tak ada geng nak teruskan sn....
jon: betoi , aku sokong RNS... mereka orang yg rugi dah kena set.... dan sn........ dulu boleh gak dapat 1,2ribu skrng abuk pun tarak....
Rakan Niaga SST: Yang dah cabut tu sebab mereka tiada ketahanan MINDA yg kukuh. Kalau kat SN pun mereka tak dpt nak bertahan, ingat MLM kat luar tu senang2 aje nak berjaya ke. LU FIKIRLAH SENDIRI BEB!!!
jon: wei!!!! orang sn dah cabut ke dcl kenapa? no.1 ,2 pun cabut......
Zalifa: Salam. Puan Sophia, Saya cuba meletakkan diri saya dalam situasi Puan Sophia - tabah dan bersemangat. InsyaAllah satu hari nanti kita akan bertemu.
yazs: tahniah..keep it up!
Fauzan: Tahniah!! Semangat Sophia terus membara, terima kasih juga kerana mengabadikan nama Farah dlm blog ini..Salam Sukses
Rakan Niaga SST: Hi Sedara, tak cukup ke kacau blog-blog Kak Mala. La ni nak ganggu kat sini pulak. Kat sini semua insan2 yg tetap setia pd SST & SN. Kalau nak jagi Jutwan, carilah prospek2 baru ... pergh!!!
RAKAN BIZ: HI SUME...LEPAK JAP KAT SINI...RAMAI GANG SMART NACO LEPAK KAT SINI
Fauzan: Tahniah! kpd Sophia kerana bersemangat waja dlm mengharungi perjalanan hidup dab bisnes, pedulikan org lain nak kata apa yg penting tetapkan matlamat..
hentam: eleh...OI KUAT HENTAM KO BERDOA BIAQ IKLHAS...NAK MENUNJUK PASAL APA YG KO 2 BERDOA..XIKLHAS NAMANYA 2..
Downline: Kepada Sdr HENTAM, ni dah melarat ke blog lain pulak, apa ke hei nya??? Kalau anda tahu prinsip MLM yg sebenar, anda akan jadi insan yg WARAS. MLM bukan bidang POLITIK yg banyak menjanjikan itu & ini kpd ahli2nya utk mengundi mereka. Beristighfarlah!
KUAT HENTAM: HENTAM , KALAU U DAH TAK SESUAI DENGAN SST TAK PERLU NAK HENTAM SST , CARI PELUANG LAIN , BUAT LA KAT TEMPAT LAIN SUNGGUH2 , DOAKAN KEJAYAAN MEREKA DI SST... MACAM SAYA DAH TINGGALKAN SST , TAPI TETAP DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA ... SAYA PUN BUAT BAGAI NAK RAK , TAPI MUNGKIN REZEKI TAK DER DI SST , SAYA DAPAT DITEMPAT LAIN , JADI JANGAN LA KACAU ORANG LAIN , NANTI ORANG LAIN KACAU HENTAM PLAK ...
HENTAM: MANA JANJI SST....BUAT BAGAI NAK RAK...HABUK PUN XDA....SPD LA.PD LA...ASYIK ORG 2 JE
Adsense Masyuk: Ni bukan mlm,pelaburan dan sbgnya
Adsense Masyuk: Anda penulis blog yang hebat..jgn sia-siakan bakat anda kerana anda boleh buat duit menggunakan blog....tahniah
Normala: Pembetulan: "USAHAWANITA" instead of 'Usahawita'
Normala: Tahniah Sophia. Pia dah banyak melangkah jauh & juga berubah dari segi sikap jika dibandingkan dgn Pia semasa bermula dulu. Akak hormati sikap Pia yg tak pernah putus asa, sentiasa 'cool' & tetap menghormati insan lain. Pia sungguh positif. Pia adalah Usahawita yg menjadi Idola kpd wanita2 yg lain. Keep It Up!!!
chedin: lakukan sesuatu mengikut falsafah mengair dan meresap .. jadilah kita seperti akar pokok membenam ketanah walaupun tidak dilihat orang tetapi peranannya cukup besar untuk sebatang pokok.... Ikhlaskan diri
USAHAWANINTERNET: Belajar Menjadi Usahawan Internet Menjana Pendapatan Hanya Dirumahhttp://www.TeknikJanaDuit.com
Team Jutawan: Tahniah atas kejayaan anda.
Pemerhati: Puan Sophia, anda sebenarnya bertuah memiliki segala-galanya termasuk suami, coach & upline hebat. Jarang2 sekali orang lain dpt spt apa yg Puan alami skrang ini. Jadi hargailah aset anda tersebut!
Normala: Tahniah!!! Kak Mala juga masih ingat bagaimana Sophia bermula dalam biz MLM Smart Naco ini dengan hebat di mana kita bersama-sama mengiklankan website Sophia utk pertama kalinya di Berita Harian Online. Dengan gabungan 3 aura yg istimewa (Sophia, Kak Mala SPD Zul), kita dapat lebih kurang 200 prospek ketika itu. Indahkan biz MLM ini!
Normala: Pia, Semoga cepat sembuh
i-charge: jemput lawat ke web kami..produk utk kereta kita plak..utk penjagaan dan penimatan..
Pemerhati: Jangan gunakan ruang iklan ini untuk iklan yang tak berfaedah. Kalau yang Best takpe
norzainariah: Assalamualaikum akak...Seronok baca akak nyer blog..Akak aina nak minta tunjuk ajar camne wat promosi kat internet...k...aina datang umah akak nanti akak ajar yer...hehehehe
PUTRA: TAK PERLU DEMO PRODUK...PASAL ORANG DAH TAU NAK GUNE
putra: Cara Mudah Dapat Wang Melalui Telefon Bimbit PELUANG Memiliki pendapatan yang sangat lumayan setiap hari, minggu dan bulan. TIDAK PERLU PANGKAT UNTUK DAPAT BONUS
Pemerhati: Maaf..jgn gunakan ruangan ini utk mengiklankan bisnes anda, sebaiknya anda sertai kami utk mempelajari cara yg lebih terhormat utk mendptkan prospek & membuat iklan secara profesional melalui internet..Hidup SST!!
Sophia: Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya. Saya doakan moga kita semua berjaya dalam apa yang kita sedang usahakan. Jika anda berminat untuk dapatkan keterangan lanjut tentang SN & SST, silalah layari laman web saya di http://alivingmydream.com/sophia/ Yes, SST IS THE BEST!
LAPORAN PERCUMA!!!: Formula & Teknik Menjana Pendapatan RM500 Sehari Hanya Dirumah
Pemerhati: Adakala kedudukan pangkat penting utk menghargai usaha ahli2. Tidak syak lagi SN mengambil langkah tepat. Dengan 3 kaki shj, ahli2 dah boleh mencapai bonus RM70,000. Tak payah nak pening2 kepala.
e-dagang: TIDAK PERLU PANGKAT DAPAT BONUS 5 ANGKA...
Pemerhati: Tahniah SST, kerana semakin ramai ahli & pesaing MLM yg cuba mendekati Kaedah yg anda telah guna pakai. Hidup SST ... YOU ARE THE BEST!!!
RAFA: SEMUA BERHAK UNTUK BERJAYA
Normala: Teruskan perjuangan mu wahai wanita gigih & hebat. Kejayaan milik anda!!!
Fauzan: Tahniah!! Perkongsian yg membina utk dibaca
Sophia: Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya ini. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Sukses buat kalian. Kepada SPD Che Din, terima kasih atas nasihat. InsyaAllah saya cuba praktikkan.
Che Din: MLM adalah bisnes yang mencabar dan real. Seperti bisnes lain kita tidak boleh duduk diam saja untuk mengembangkan rangkaian , kita perlu berani membuat sesuatu yang mencabar. Yang penting kita tau apa kita buat dan kita tahu apa pendirian kita. InsyaALLAH Pn Sophia akan berjaya jika Pn Sophia sanggup lakukan sesuatu yang lebih mencabar dan lebih berani.
norzainariah misman: Assalamualaikum Akak...Selamat Tahun Baru 2008 & 1429 H. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih positif dan lebih bail di tahun yang baru..Insyaallah berjumpa lagi di lain hari. Take Care...Thanks Alot Akak...
Zul Salleh: Selamat Tahun Baru 2008 & 1429 - kita bertemu di puncak kejayaan,Insha Allah.
GK: happy new year..care to exchange link?if so let me know so I can add your link to my blog

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, April 14th 2008

2:56 PM

Ulang Tayang: Petani & Biji Benih

  • Mood: Pecut, Sophia, Pecut!
  • Health: Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Apa khabar anda sekalian? Hope you are having a splendid week! Di sini saya paparkan kembali kisah Petani dan Biji Benih yang pernah saya publish di sini tidak lama dahulu. Saya telah memperolehi artikel ini daripada blog SPD Zulkifli Hassan dan ianya telah menjadi peringatan yang amat berguna sejak saya mula berkecimpung dalam biz ini sehinggalah ke saat ini. Moga dapat memberi manfaat kepada anda semua, tidak kira yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dunia MLM yang mencabar ini mahupun mereka yang sudah lebih advanced dan berpengalaman.

Untuk renungan bersama::: Sesungguhnya kita tidak mampu mengawal apa yang orang lain lakukan, fikirkan atau rasakan, TETAPI KITA mampu mengawal dan memilih apa yang KITA lakukan, fikirkan dan rasakan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang benar jika kita yang berkecimpung dalam MLM ini diibaratkan seperti petani yang menanam biji benih. Tugas kita adalah terus mencari dan menanam biji benih dan di mana jatuhnya biji benih ini kita sendiri kadang-kadang tidak tahu. Yang pastinya, biji benih ini akan tertanam di beberapa jenis tanah:

TANAH GERSANG: Benih ini tidak sempat untuk hidup, kiranya setelah membeli susu IgG-Plus sekali terus hilang. Jangan ditanya mengapa jadi begini kerana inilah lumrah alam.

TANAH BERBATU: Benih ini mungkin sempat tumbuh sedikit tetapi mati juga akhirnya. Mungkin ini kes ahli maintain sebulan dua kemudiannya terus lenyap. Jangan ditanya mengapa jadi begini kerana inilah lumrah alam.

TANAH BERPASIR: Benih ini akan hidup sementara ada air dan keadaan tenang; jika kemarau keringlah tumbuhan ini dan jika ribut tercabutlah tumbuhan ini. Ini mungkin kes orang yang aktif bila mula-mula join dan bila sudah ada downline 2-3 bulan kemudian emosinya terganggu barangkali kerana tidak sabar nak dapat income, tidak tahan dengan dugaan dan banyak lagi sebab-musabab lain, maka dia pun mula tidak menghadiri meeting dan tidak mahu menjawab panggilan telefon. Jangan ditanya mengapa jadi begini kerana inilah lumrah alam.

TANAH YANG BANYAK BURUNG: Benih ini macam tumbuh tetapi dimakan burung jadi tak sempat nak hidup juga. Ini mungkin kes orang yang kata dia ingin hadiri meeting, dia ingin buat bersungguh-sungguh dan banyak lagi janji manis ditabur, tetapi akhirnya tak nampak juga batang hidung sewaktu meeting. Bila ditanya kenapa tak hadir, jawapannya "Kucing I demam!" Kes ini juga mungkin bagi leader berpangkat yang nampak syarikat lain lebih menyerlah dan terus disambar burung-burung. Jangan ditanya mengapa jadi begini kerana inilah lumrah alam.

TANAH BUKIT: Benih ini nampaknya tumbuh dan jika anda jaga, bajai, buat pagar dan sebagainya dia mungkin jadi pohon yang lebat dengan buah-buahan tetapi jika anda tak menjaganya mungkin akan dimakan oleh sang rusa bila sudah besar. Ini kes leader yang baru hendak bergerak dan sudah menonjolkan kepimpinannya tetapi dibiarkan oleh upline, jadi tidak akan menjadi juga. Jangan ditanya mengapa jadi begini kerana inilah lumrah alam.

TANAH YANG SUBUR: Anda letak saja benih ini, ianya akan terus tumbuh dengan hebat. Anda jaga sikit-sikit sahaja dia sudah berbuah jadi jika anda dapat tanah seperti ini anggaplah ia rezeki anda. Leader ini akan bergerak tanpa anda, dia lebih hebat dari anda dan dia juga akan berterima kasih kepada anda kerana sudi menawarkan peluang yang hebat ini kepadanya. Jangan ditanya mengapa jadi begini kerana inilah lumrah alam.


Kesimpulannya, anda teruslah mencari biji benih untuk ditanam berterusan dan jika dia tak tumbuh setelah ditanam tengoklah tanahnya. Namun kerja membaja dan menjaga perlu diteruskan jua, dan jika  dia layu, ingatlah itu Lumrah Alam. Tanam lagi biji benih. Jika anda ingin berjaya dalam MLM untuk 3 tahun pertama tanamlah sebanyak mungkin biji benih dan jadilah petani yang menjaga biji benihnya dengan baik - jangan berehat! Selepas 3 tahun lihatlah berapa banyak pokok yang hidup subur mengeluarkan buah-buahan yang sedap dimakan dan lihatlah juga berapa banyak biji yang kering tak tumbuh serta berapa banyak pokok yang layu dan mati. Ketika ini anda boleh berehat buat seketika dan kemudian teruskan usaha anda menanam biji benih buat 2 tahun lagi. Selepas itu anda boleh menilai kembali; jika biji benih yang anda tanam tadi subur dan mengeluarkan buah yang hebat-hebat, anda bolehlah berbangga di atas usaha anda. Jika tidak ada hasil, eloklah anda berpindah ke bidang lain… mungkin bukan rezeki anda dalam MLM.  NAMUN JIKA ANDA BARU MENCUBA SELAMA 2-3 BULAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MLM BUKAN UNTUK ANDA...ANDA TERSILAP BESAR!  

Dan bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Di tanah mana kita berada sekarang?

 

0 Komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see