JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Ketika membuat catatan di blog ini, saya sedang ditemani bunyi cengkerik dan deruan air yang terkandung dalam CD Gelombang Minda ihsan SST. Alhamdulillah, memang sangat melegakan minda dan memang terbukti berkesan mewujudkan suasana yang lebih tenang. Breathing techniques yang saya mula amalkan saban masa juga berkesan - terasa hidup lebih manageable dan kurang kelam-kabut, hehehe. Apa, kelam-kabut? Ya, jangan sangka menjadi work-from-home mother tiada kelam-kabutnya. Juggling is not easy, tetapi saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya sebagai seorang ibu yang bekerja dan berpeluang melihat anaknya membesar di depan mata.
Kita sudah pun menghampiri pertengahan April. Begitu cepat masa berlalu; terasa seperti baru lagi kita mengalu-alukan kehadiran tahun 2008. Melangkah ke bulan April bererti melangkah ke sukuan kedua tahun ini. Saya juga sedang sibuk mengemaskini matlamat bagi April-Jun 2008 dan meneliti semula matlamat yang telah saya tetapkan bagi sukuan pertama dulu. Sudahkah anda menetapkan matlamat anda? Jika belum, inilah masanya untuk mencatatkan matlamat anda...jangan bertangguh lagi. Bagi anda yang masih kurang jelas tentang matlamat anda, dapatkan pandangan Coach atau upline anda dalam menetapkan matlamat yang SMART dan realistic.Ingatlah, insan yang tidak mempunyai matlamat ibarat layang-layang yang terputus talinya...tiada hala tuju, tidak tahu apa yang dimahukannya dalam hidup dan agak sukar menggapai kejayaan.
Hakikatnya, matlamat tanpa tindakan adalah perkara yang teramatlah sia-sia. Setelah menetapkan matlamat, anda mulakan atau giatkan tindakan-tindakan yang akan membawa kepada tercapainya matlamat anda. Jika anda sudah berada dalam kelompok SST, ribuan tahniah saya ucapkan dan teruskan dengan tindakan anda kerana biz kita bersama Smart Naco dan Smart Success Team merupakan biz sebenar yang memerlukan anda dan rangkaian melakukan tindakan atau 'membuat kerja'. Antara tindakan yang perlu kita jadikan rutin adalah membuat promosi, menghubungi prospek, melakukan jualan, menghubungi upline atau ahli rangkaian serta menambah ilmu tidak kira dengan menghadiri training atau membaca buku-buku yang berkaitan. Anda boleh membuat satu checklist apakah tindakan yang telah anda ambil dan berdasarkan checklist ini, anda boleh menilai produktiviti anda setiap hari. Apabila anda semakin produktif, insyaAllah kejayaan juga semakin menghampiri anda
.
Ingin menjadi seorang Usahawan yang Sejati? Hubungi saya di 012-3051307 atau layari http://alivingmydream.com/sophia/