Powered by Bravenet Bravenet Blog

journal photo

Subscribe to Journal

Tag Board

nas: ada sesiapa di sini seorang dermawan?hubungi saya di email najwan192k@gmail.com
nas: ada sesiapa di sini seorang dermawan?hubungi saya.
Rohana: Layari: www.2760.myniaga.net/
danial: ass'mualaikum,, peuhaba
saz: tahniah... teruskan perjuangan. wpun kita berlainan syarikat... tp nawaitu nya sama. Kebebasan Kewangan & Sihat utk semua
vemma: vemma 100% online
Pemerhati: Teruskan perjuangan Puan!
jon : selamat hari raya maaf zahir dan batin utk warga sn semua...
jon : aku dulu join sn bawah depa lepas depa ajak buat bukan2. jadi aku join jelah kalu tak hari2 call..... aku skrg tak ada geng nak teruskan sn....
jon: betoi , aku sokong RNS... mereka orang yg rugi dah kena set.... dan sn........ dulu boleh gak dapat 1,2ribu skrng abuk pun tarak....
Rakan Niaga SST: Yang dah cabut tu sebab mereka tiada ketahanan MINDA yg kukuh. Kalau kat SN pun mereka tak dpt nak bertahan, ingat MLM kat luar tu senang2 aje nak berjaya ke. LU FIKIRLAH SENDIRI BEB!!!
jon: wei!!!! orang sn dah cabut ke dcl kenapa? no.1 ,2 pun cabut......
Zalifa: Salam. Puan Sophia, Saya cuba meletakkan diri saya dalam situasi Puan Sophia - tabah dan bersemangat. InsyaAllah satu hari nanti kita akan bertemu.
yazs: tahniah..keep it up!
Fauzan: Tahniah!! Semangat Sophia terus membara, terima kasih juga kerana mengabadikan nama Farah dlm blog ini..Salam Sukses
Rakan Niaga SST: Hi Sedara, tak cukup ke kacau blog-blog Kak Mala. La ni nak ganggu kat sini pulak. Kat sini semua insan2 yg tetap setia pd SST & SN. Kalau nak jagi Jutwan, carilah prospek2 baru ... pergh!!!
RAKAN BIZ: HI SUME...LEPAK JAP KAT SINI...RAMAI GANG SMART NACO LEPAK KAT SINI
Fauzan: Tahniah! kpd Sophia kerana bersemangat waja dlm mengharungi perjalanan hidup dab bisnes, pedulikan org lain nak kata apa yg penting tetapkan matlamat..
hentam: eleh...OI KUAT HENTAM KO BERDOA BIAQ IKLHAS...NAK MENUNJUK PASAL APA YG KO 2 BERDOA..XIKLHAS NAMANYA 2..
Downline: Kepada Sdr HENTAM, ni dah melarat ke blog lain pulak, apa ke hei nya??? Kalau anda tahu prinsip MLM yg sebenar, anda akan jadi insan yg WARAS. MLM bukan bidang POLITIK yg banyak menjanjikan itu & ini kpd ahli2nya utk mengundi mereka. Beristighfarlah!
KUAT HENTAM: HENTAM , KALAU U DAH TAK SESUAI DENGAN SST TAK PERLU NAK HENTAM SST , CARI PELUANG LAIN , BUAT LA KAT TEMPAT LAIN SUNGGUH2 , DOAKAN KEJAYAAN MEREKA DI SST... MACAM SAYA DAH TINGGALKAN SST , TAPI TETAP DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA ... SAYA PUN BUAT BAGAI NAK RAK , TAPI MUNGKIN REZEKI TAK DER DI SST , SAYA DAPAT DITEMPAT LAIN , JADI JANGAN LA KACAU ORANG LAIN , NANTI ORANG LAIN KACAU HENTAM PLAK ...
HENTAM: MANA JANJI SST....BUAT BAGAI NAK RAK...HABUK PUN XDA....SPD LA.PD LA...ASYIK ORG 2 JE
Adsense Masyuk: Ni bukan mlm,pelaburan dan sbgnya
Adsense Masyuk: Anda penulis blog yang hebat..jgn sia-siakan bakat anda kerana anda boleh buat duit menggunakan blog....tahniah
Normala: Pembetulan: "USAHAWANITA" instead of 'Usahawita'
Normala: Tahniah Sophia. Pia dah banyak melangkah jauh & juga berubah dari segi sikap jika dibandingkan dgn Pia semasa bermula dulu. Akak hormati sikap Pia yg tak pernah putus asa, sentiasa 'cool' & tetap menghormati insan lain. Pia sungguh positif. Pia adalah Usahawita yg menjadi Idola kpd wanita2 yg lain. Keep It Up!!!
chedin: lakukan sesuatu mengikut falsafah mengair dan meresap .. jadilah kita seperti akar pokok membenam ketanah walaupun tidak dilihat orang tetapi peranannya cukup besar untuk sebatang pokok.... Ikhlaskan diri
USAHAWANINTERNET: Belajar Menjadi Usahawan Internet Menjana Pendapatan Hanya Dirumahhttp://www.TeknikJanaDuit.com
Team Jutawan: Tahniah atas kejayaan anda.
Pemerhati: Puan Sophia, anda sebenarnya bertuah memiliki segala-galanya termasuk suami, coach & upline hebat. Jarang2 sekali orang lain dpt spt apa yg Puan alami skrang ini. Jadi hargailah aset anda tersebut!
Normala: Tahniah!!! Kak Mala juga masih ingat bagaimana Sophia bermula dalam biz MLM Smart Naco ini dengan hebat di mana kita bersama-sama mengiklankan website Sophia utk pertama kalinya di Berita Harian Online. Dengan gabungan 3 aura yg istimewa (Sophia, Kak Mala SPD Zul), kita dapat lebih kurang 200 prospek ketika itu. Indahkan biz MLM ini!
Normala: Pia, Semoga cepat sembuh
i-charge: jemput lawat ke web kami..produk utk kereta kita plak..utk penjagaan dan penimatan..
Pemerhati: Jangan gunakan ruang iklan ini untuk iklan yang tak berfaedah. Kalau yang Best takpe
norzainariah: Assalamualaikum akak...Seronok baca akak nyer blog..Akak aina nak minta tunjuk ajar camne wat promosi kat internet...k...aina datang umah akak nanti akak ajar yer...hehehehe
PUTRA: TAK PERLU DEMO PRODUK...PASAL ORANG DAH TAU NAK GUNE
putra: Cara Mudah Dapat Wang Melalui Telefon Bimbit PELUANG Memiliki pendapatan yang sangat lumayan setiap hari, minggu dan bulan. TIDAK PERLU PANGKAT UNTUK DAPAT BONUS
Pemerhati: Maaf..jgn gunakan ruangan ini utk mengiklankan bisnes anda, sebaiknya anda sertai kami utk mempelajari cara yg lebih terhormat utk mendptkan prospek & membuat iklan secara profesional melalui internet..Hidup SST!!
Sophia: Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya. Saya doakan moga kita semua berjaya dalam apa yang kita sedang usahakan. Jika anda berminat untuk dapatkan keterangan lanjut tentang SN & SST, silalah layari laman web saya di http://alivingmydream.com/sophia/ Yes, SST IS THE BEST!
LAPORAN PERCUMA!!!: Formula & Teknik Menjana Pendapatan RM500 Sehari Hanya Dirumah
Pemerhati: Adakala kedudukan pangkat penting utk menghargai usaha ahli2. Tidak syak lagi SN mengambil langkah tepat. Dengan 3 kaki shj, ahli2 dah boleh mencapai bonus RM70,000. Tak payah nak pening2 kepala.
e-dagang: TIDAK PERLU PANGKAT DAPAT BONUS 5 ANGKA...
Pemerhati: Tahniah SST, kerana semakin ramai ahli & pesaing MLM yg cuba mendekati Kaedah yg anda telah guna pakai. Hidup SST ... YOU ARE THE BEST!!!
RAFA: SEMUA BERHAK UNTUK BERJAYA
Normala: Teruskan perjuangan mu wahai wanita gigih & hebat. Kejayaan milik anda!!!
Fauzan: Tahniah!! Perkongsian yg membina utk dibaca
Sophia: Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya ini. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Sukses buat kalian. Kepada SPD Che Din, terima kasih atas nasihat. InsyaAllah saya cuba praktikkan.
Che Din: MLM adalah bisnes yang mencabar dan real. Seperti bisnes lain kita tidak boleh duduk diam saja untuk mengembangkan rangkaian , kita perlu berani membuat sesuatu yang mencabar. Yang penting kita tau apa kita buat dan kita tahu apa pendirian kita. InsyaALLAH Pn Sophia akan berjaya jika Pn Sophia sanggup lakukan sesuatu yang lebih mencabar dan lebih berani.
norzainariah misman: Assalamualaikum Akak...Selamat Tahun Baru 2008 & 1429 H. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih positif dan lebih bail di tahun yang baru..Insyaallah berjumpa lagi di lain hari. Take Care...Thanks Alot Akak...
Zul Salleh: Selamat Tahun Baru 2008 & 1429 - kita bertemu di puncak kejayaan,Insha Allah.
GK: happy new year..care to exchange link?if so let me know so I can add your link to my blog

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, April 7th 2008

10:08 PM

Latihan Membuka Kunci X - Modul 1

  • Mood: Bersyukur atas KurniaanNya...
  • Health: Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Saya baru saja kembali beronline sebentar tadi. Suami saya memutuskan untuk mengambil cuti hari ini kerana masih agak keletihan sekembalinya dari berkursus di Melaka, jadi kesempatan ini telah kami ambil untuk membawa Faris berjalan-jalan di Ampang Point dan makan menu favourite suami saya iaitu nasi ayam di kedai Linda Onn. We had the opportunity to spend quality time as a family and it was also a great way for me to sharpen the saw. Syukur Alhamdulillah...

Baru sebentar tadi juga saya telah membuat follow up call kepada pasangan En. Fauzi dan Pn. Fatimah dari Ulu Bernam. Mereka telah mengikuti online conference anjuran SST pada hari Rabu lepas, berpendapat bahawa biz bersama SST 'kelihatan menarik dan lain dari yang lain' dan tadi telah memutuskan untuk memulakan perjuangan menjadi Jutawan, Hartawan dan Dermawan bersama SST. Syukur Ya Allah...

Saya turut bersyukur kerana Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menghadiri program Latihan Membuka Kunci X di De Palma Shah Alam semalam. Kali ini saya telah ditemani Kak Solekhah dan buah hati pengarang jantung yang bernama Muhammad Faris Akhyar. Dalam perjalanan, saya mengambil peluang untuk membetulkan niat dan memprogramkan diri saya untuk menyerap semaksimum mungkin ilmu yang bakal dikongsikan pada hari itu kerana ILMU X AMAL juga merupakan salah satu pasangan kunci X yang vital. Untuk berjaya, kita perlulah mengamalkan ilmu yang telah diperolehi, barulah menjadi 'pohon yang berbuah'.

Program disertai bukan sahaja mereka dari kawasan Kuala Lumpur/Shah Alam, tetapi juga yang datang jauh dari Utara dan Kuantan. Tabik spring saya buat mereka! Slot pagi telah dimulakan dengan SPD Che Din berkongsi tentang kekayaan sejati yang Allah telah kurniakan dalam diri setiap insan iaitu MINDA dan HATI. Saya berasa MALU dengan Allah kerana seperti kata SPD Che Din, kita manusia terus berkeluh-kesah tentang 'kemiskinan' sedangkan anugerah Allah yang tidak ternilai ini tidak kita gunakan sepenuhnya. YA, saya berazam untuk menggunakan KEKAYAAN HAKIKI yang saya miliki ini untuk memperKAYA diri seterusnya menarik KEKAYAAN MATERIAL kepada saya. InsyaAllah, inilah yang saya akan lakukan mulai sekarang!

Selepas itu, Dr. Main Rindam telah berkongsi teknik-teknik mewujudkan ketenangan diri melalui pernafasan, sentuhan dan urutan. Mmm, saya perlu apply dan terus praktikkan selepas ini kerana ternyata ianya berhasil untuk menjadikan kita lebih relaxed. Jangan lupa, apabila kita berada dalam keadaan yang TENANG & CERIA dan berada di luar ZON NAFSU, tugas-tugas seperti membuat closing akan menjadi lebih mudah (Kalau tak faham, boleh call, SMS atau emel saya OK). Seterusnya, SPD Zul telah memberikan perkongsian LCC versi padat yang mengingatkan kami tentang halatuju dan strategi kami dalam biz ini. Selepas itu, kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan di mana saya telah diamanahkan untuk menerajui kumpulan saya menyediakan points bagi surat jualan yang mantap. Kumpulan Kak Nani perlu menyediakan rangka bagi aktiviti sales secara offline manakala kumpulan En. Yusaini perlu menyediakan kandungan flyer. Alhamdulillah, berkat bekerja secara berkumpulan, banyak idea hebat dan inovatif yang berjaya dilahirkan. Itulah kehebatan TEAMWORK dan saya akui, kepuasan melahirkan hasil kerja kita sendiri memang tidak terucap.

Selepas makan dan solat, program diteruskan dengan SPD Che Din berkongsi tentang gelombang minda. Wow, seronok betul belajar tentang pelbagai gelombang yang wujud dalam minda. Saya memang semakin berminat dengan ilmu MINDA & PERASAAN ini sejak menyertai SST dan saya amat, amat bersyukur kerana berpeluang menimba ilmu baru seperti ini. Kami juga telah diajar bagaimana membawa gelombang minda ke tahap alpha/theta/delta iaitu gelombang TENANG. Alhamdulillah, ketika exercise tersebut, saya memang berasa lebih tenang walaupun mungkin belum mencapai tahap gelombang delta. Wah, memang best dan kena terus practise dan practise lagi selepas ini...insyaAllah saya pasti dapat mencapainya 

Untuk slot seterusnya, kami berpeluang mencungkil lebih banyak tentang personaliti diri dengan bantuan pakar personaliti, Dr. Main. It was a very interesting session; tidak saya sangka-sangka hanya melalui lakaran kambing, pokok, bunga dan rumah, banyak yang boleh diketahui tentang karakter dan personaliti seseorang. Yang pasti, huraian Dr. Main tentang maksud di sebalik lakaran saya sangat bertepatan dengan diri saya. Seperti kata Dr. Main, beliau hanya dapat membantu kami lebih mengenal diri dan tindakan seterusnya, empunya diri saja yang berhak menentukan. Saya dapati masih banyak potensi diri yang belum saya cungkil dan gunakan sebaiknya. Saya bersyukur kerana sesi ini membantu saya to be in touch with myself - to be in touch with my strengths and to confront my weaknesses and my fears. Pernahkah anda merasakan sesuatu perkara tentang diri anda dan anda cuba menidakkan perkara tersebut? Saya akui saya pernah dan semalam ketika sesi tersebut, saya telah memutuskan untuk berdepan dengan perkara tersebut, mengenalpasti penyelesaian atau alternatif yang ada untuk memperbaiki keadaan dan meneruskan langkah menjadi orang yang lebih cemerlang luaran dan dalaman. Ingatlah, kita sentiasa ada PILIHAN sama ada kita mahu pasrah tanpa berikhtiar atau kita mahu teruskan usaha untuk berubah. PILIHAN SAYA::: Berubah ke arah yang lebih baik, lebih cemerlang, lebih positif, insyaAllah        

Saya teringat cerita SPD Che Din dan tulang ikan siakap. Sebenarnya, saya juga telah mengalami peristiwa yang seumpamanya. Tidaklah melibatkan tulang ikan, tetapi berkaitan kehadiran saya ke program ini. Ketika SPD Zul memberitahu saya tentang program ini, saya pada awalnya agak hampa kerana menyangkakan saya tidak dapat hadir kerana kebetulan suami saya pergi berkursus pada tarikh tersebut dan tentulah saya perlu berada di rumah untuk menjaga Faris kerana anak saya sangat sukar ditinggalkan di bawah jagaan orang lain jika tanpa kehadiran ibu atau ayahnya bersama. Namun saya tidak terus menyerah kalah dan tetap FOKUSkan niat untuk menghadiri program ini. Saya MEYAKINI bahawa insyaAllah saya akan bertemu penyelesaiannya sekiranya saya menetapkan FOKUS untuk hadir. Alhamdulillah, doa saya telah termakbul dan Allah telah menurunkan penyelesaian di luar jangkaan saya. Pada mulanya, walaupun hati saya agak keberatan, saya memutuskan untuk mengajak ibu saya ke program; bolehlah beliau membantu saya handle Faris. Dengan tidak dijangka, nenek saya yang jarang sekali datang ke KL telah datang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu saya. Terlintas di fikiran saya untuk 'meminjam' pembantu beliau, Kak Solekhah untuk membantu menjaga Faris. Ketika di dalam teksi on the way ke program, saya telah mendoakan moga saya dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu pada hari itu dalam keadaan tenang dan gangguan yang minimum. Jadi saya berasa amat takjub apabila Faris yang memang 'terkenal' susah nak tidur di waktu siang TELAH TIDUR SELAMA 5 JAM sewaktu program berlangsung! Hanya Subhanallah walhamdulillah yang mampu saya ungkapkan...Ya, itulah kuasa DOA, FOKUS & KEYAKINAN.  Alhamdulillah, saya amat bersyukur...  

Apa pun, terima kasih dan berbanyak tahniah kepada SPD Che Din yang telah merangka modul ini. Memang modul yang luar biasa hebat! Ribuan terima kasih juga buat SPD Zul dan Dr. Main Rindam yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami. Kepada yang tidak pergi, you don't know what you've missed. Saranan saya ---> Jika anda sayangkan diri anda, jangan ketinggalan menghadiri program-program seumpama ini yang dapat membantu membina jatidiri kita sebagai insan, anak, isteri/suami, usahawan dan yang paling penting, sebagai mukmin dan mukminah sejati.

SPD Zul, Dr. Main dan SPD Che Din

Panjang lebar pula posting saya kali ini. Hakikatnya, perkongsian ini lahir dari hati dan dengan posting ini, saya menghantar signal kepada Alam semoga lebih ramai yang terbuka hati untuk melakukan PERUBAHAN dan ANJAKAN PARADIGMA. Moga Allah memberkati setiap usaha murni dan memperkenankan doa tulus kita. Amin Ya Rabb.

Sehingga bertemu lagi  

 

 

0 Komen.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see