JADIKAN FANTASI ANDA SATU REALITI BERSAMA SMART NACO & SMART SUCCESS TEAM
Jurnal Sophia Amir Abas
Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve ~ Dr. Napoleon Hill
Saya impikan kebebasan kewangan, kebebasan masa dan peluang menjadi Usahawan Sejati
Anda berkongsi impian yang sama? Hubungi saya:
Tel: 012-3051307
E-mail: tintakasih@yahoo.com
Laman Web: http://alivingmydream.com/sophia/
YM / Skype ID: tintakasih
Program Terdekat 'BERSAMA MENUJU PUNCAK':
6 Julai 2008 @ Hotel Mercu View, Jengka, Pahang @ 3.00 petang
11 Julai 2008 @ Safira Club, Seberang Jaya, P. Pinang @ 8.00 malam
12 Julai 2008 @ Ibu Pejabat Smart Naco, Cheras @ 3.00 petang
13 Julai 2008 @ Tawau, Sabah @ 2.00 petang
14 Julai 2008 @ Lahad Datu, Sabah @ 8.00 malam
15 Julai 2008 @ Kota Kinabalu, Sabah @ 8.00 malam
19 Julai 2008 @ Hotel Aneka, Kluang, Johor @ 8.00 malam
22 Julai 2008 @ Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru @ 8.00 malam
Assalamualaikum,
Dalam meniti arus kesibukan, sempat juga saya bersembang dengan Hana di YM tadi. Seronok berkongsi cerita tentang kerenah anak-anak; setidak-tidaknya terubat juga rindu terhadap kawan-kawan zaman universiti dulu. Saya, Hana dan suaminya merupakan rakan satu fakulti sewaktu di UKM dahulu. Kami menjadi lebih rapat kerana bergiat aktif dalam persatuan mahasiswa fakulti. Rizal menyandang jawatan Presiden Fakulti manakala Hana pula menjadi Setiausaha beliau (langsung 'diangkat jawatan' menjadi isteri, hehehe
Gurau ya Hana, jangan marah. You guys are the ideal couple) manakala saya pula dilantik sebagai Exco Penerbitan (what else is new?
) Dalam ramai-ramai, rasanya sayalah yang paling reserved dan paling kerap mengukir senyuman sebagai pengganti kata-kata.
Ya, Sophia Amir Abas 8 tahun dahulu dan kini cukup berbeza, terutamanya dari segi karakter. Alhamdulillah, saya amat bersyukur di atas perubahan-perubahan positif yang berlaku ke atas diri saya sejak menceburi bidang perniagaan bersama Smart Success Team. Banyak perkara yang saya tak pernah impi saya boleh lakukan, saya telah berjaya laksanakan. Satu masa dahulu, vocabulary seperti sponsoring, prospecting, sales, presentation dan mind power tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Hari ini, frasa-frasa ini saya gunakan dan praktikkan seolah-seolah saya sudah berkecimpung dalam biz ini seumur hidup. Sama ada saya sudah menjadi yang terbaik atau tidak, itu belakang kira. Sebagai hamba Allah, kita memang dianjurkan untuk terus memperbaiki kelemahan atau kekurangan pada diri. Tapi yang paling penting, saya telah berjaya meruntuhkan tembok-tembok yang saya anggap sebagai sempadan dan penghalang kejayaan saya selama ini.
Tidak saya nafikan, saya tidak mungkin berada di tahap ini tanpa kehadiran dua insan luar biasa hebat iaitu suami tersayang, Norakyairee Mohd Raus dan Coach saya, SPD Zulkifli Hassan. Suami saya menjadi pillar of strength dan sumber inspirasi untuk saya menjayakan biz ini manakala SPD Zul merupakan Coach dan Guru Terhebat yang telah banyak membimbing, berkongsi strategi dan mendidik saya terutamanya dari segi KEKUATAN MINDA. A very, very huge thank you from the bottom of my heart to these two awesome persons! Saya masih ingat ketika saya bermula dahulu. Saya bukanlah MLM player, tiada pengalaman langsung dan prospeknya ketika itu amat menakutkan. Tetapi kerana saya didorong oleh matlamat yang jelas, saya kuatkan semangat dan memulakan proses pembelajaran dari 0. Memang banyak detik-detik mengecewakan yang telah saya lalui tetapi lebih banyak lagi detik-detik manis dan kenangan indah yang telah saya alami sepanjang perjalanan biz ini. Alhamdulillah, ilmu pengetahuan yang saya kutip; transformasi saya sedikit demi sedikit; kasih yang tumbuh tanpa saya sedari terhadap biz ini setelah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi ---> ya, inilah faktor penguat untuk saya terus melakar kejayaan dalam biz kesayangan saya ini.
Kepada anda di luar sana, anda juga berhak berjaya sepertimana insan-insan yang terlebih dahulu menempa kejayaan. Nasihat ikhlas daripada saya:::Jangan biarkan ketakutan menjadi raja menyebabkan anda terlepas peluang untuk mengubah kehidupan dan menjadi insan yang lebih berkualiti. Dan jangan tunggu hingga anda sudah 'lebih bersedia' atau 'lebih pandai' kerana percayalah, saat itu tak akan tiba:::. Insan-insan berjaya di seluruh dunia juga masih perlu terus belajar dan belajar, jadi apa yang anda ingin jadikan sebagai benchmark untuk mengukur tahap kepandaian anda? Mulakan dengan apa yang anda ada dan tahu, insyaAllah bila dilakukan dengan tekun dan sabar, ilmu akan terus berkembang, pengalaman juga akan bertambah dan anda akan menjadi lebih business-savvy.
Hingga bertemu lagi